Assalmualaikum wbt
Ada yang bertanyakan kepada saya kenapa mempelajari sesuatu ilmu mesti ada bayaran atau yuran ?
Jawapan saya mudah sahaja ,jika zaman skrang di mana sahaja anda menuntut ilmu tidak kiralah apa ilmunya baik di universiti,kolej,mengaji muqadam dengan ustaz @ ustazah pastinya ada yuran dan bayaran,ini kerana pihak-pihak tersebut perlu makan minum dan meneruskan kehidupan mereka.. Universti pula perlu membayar duit2 gaji pensyarah sehinggalah untuk meneruskan survival sesuatu tempat menuntut ilmu itu..,jadi disitulah wujud bayaran ..jika wujudnya kita pada zaman dahulu kala maka kita akan mendiami di tempat guru yang mengajar dengan membantunya dalam kerja2 harian untuk meneruskan kehidupan dan itulah bayaran kita untuk guru tersebut,perubahan zaman dari masa kesemasa maka wujud pula wang,maka wanglah yang menjadi mahar sesuatu perguruan iaitu tanda terima kasih pertukaran ilmu antara guru dan murid serta untuk survival guru tersebut bagi meneruskan perjuangan penyampaian ilmunya berterusan.
Di dalam dunia ini tiadalah yang percuma dalam menuntut ilmu cuma di bezakan nilai RM-RM yang perlu anda keluarkan untuk sesuatu samada mahal atau murah,berbaloi atau tidak dengan kehendak individu. Masa ,tenaga dan wang ringgit adalah pengorbanan dalam menuntut sesuatu ilmu...Fikir fikirkanlah?
Di perguruan gerak haq sejati mahar bukanlah menjadi ukuran, kami menetapkan mahar perguruan serendah RM 99 untuk seumur hidup , sehingga penuntut menamatkan perguruan dengan semua ilmu di turunkan mengikut peringkat dan tahap seseorang murid.Jika mengikuti sesuatu pembelajaran biarlah sampai tamat dan khatam ,Ibarat seperti kita mengaji Al-Quran sehingga habis,Belajar di Universiti sehingga dapat diploma atau ijazah begitulah sebaliknya belajar silat ,biar ilmu itu kita tahu rahsianya , mendapat maanfat dan boleh dinturunkan pada anak cucu.