Mata pelajaran gerak haq sejati asas adalah berdasarkan kaedah persilatan dari jawa,minang ,betawi ,aceh dan bugis setiap kaedah silat ini di garapkan menjadi 1 kaedah yang disusun sesuai dengan keadaan semasa dalam mempertahankan diri atau menyerang.
Asas- 1) Pernafasan tenaga dalam
serangan tangan
serangan kaki
kekuda
2) penggunaan 9 senjata tubuh badan
kaedah Pelangkah (8 mata arah angin)
kaedah pergerakan lentur badan
Mengelak,menepis dan menahan serangan
3) Seni Bunga silat
Silat tempur lembut
Silat Tempur Keras
ketahanan Badan
Semua kaedah ini adalah asas bagi yang mempelajari teknik fizikal dan perlu dikuasai dalam tempoh 2 - 3 bln
Pertengahan ( 2)
1) Belebat Laksmana
Tempur buah pukul Laksamana,rencah gerak tembur
Pelepas Laksmana
Jurusan laksamana
Teknik Senjata - Golok,Pedang,Belati,kerambit
2) Belebat Panglima
Tempur buah Pukul Panglima
Pelepas Panglima
Jurusan Panglima (pukulan bisa gayong)
Teknik sejata - Keris,Tombak,tembung,tongkat,tekpi
3) Pernasafan Insan
Nafas keras
Nafas lembut
Ilmu selisih Urat
Silat Amuk
Ketahanan Badan
( penimbul dan perisai diri) perisai Qursi,Perisai 4 Qul
Penawar Bisa dan Racun
semua kaedah ini adalah peringkat pertengahan di kuasai dalam tempoh 3-4 bulan
Peringkat Khatam
1) Silat Gerak
2) Jurusan peringkat tinggi
3) Pembangkitan tenaga ,bisa,pukulan sejati
4) Penafian Diri,Tafakur rohani
P/S :Setiap Peringkat di atas mempunyai pengisian kebatinan dan kerohanian
Pembelajaran Teknik Fizikal Mempunyai Peringkat Penamat dan Khatam guru, seterusnya ianya akan berterusan ke peringkat kajian individu yang tiada penamat,Ini kerana Ilmu Allah swt amat luas dan tiada penghujungnya
Begitulah juga dalam penghayatan Kerohanian dan kebatinan ilmu ini tiada penghujungnya walaupun telah di khatamkan oleh guru kerana Ilmu Allah ini maha luas dan kaya bergantung pada individu untuk mencapainya.