Sunday, June 28, 2015

BUSUR (2)


                                RM 500

Ini adalah busur  Samick Sage dalam ketegori Westren Tradional Bow  ( mempunyai arrow rest) yang sangat berbaloi untuk wang kerana harganya rendah dan mempunyai ketahanan yang boleh dipercayai di datangkan utk pemanah tangan kanan dan kiri .untuk sesiapa yang berminat boleh lah membuat tempahan dan belian didatangkan dengan 3 tahun waranty pengeluar.

AMALAN DAN LATIHAN

Assalamualaikum wbt
salam Ramadhan
dan salam sayang umat muslimin muslimat sekalian alam..


Alhamdullillah  sempena bulan yang mulia ini moga diri dan keluarga peroleh barakah dan rahmat untuk memperbaiki diri dan amalan kita ..
      Bagi yg meneruskan latihan di anjurkan selepas tarawikh  dpt melakukan latihan 20-30 minit sudah mencukupi bagi menghidupakan gerak dan tenaga diri..... Puasa bukanlah penghalang bagi kita untuk melakukan  aktivi .cuma perlulah merancang masa yang sesuai .
      Puasa bukanlah untuk menjadikan diri kita lemah  malah jika dapat memanfaatkan sebenarnya puasa akan menjadikan kita lebih cergas dan baik dengan mengikuti peraturan-peraturan puasa yang sebenar
Insha ALLAH hamba mengharapkan keampunan serta keberkatan untk semua jamaah GHS agar dilimpahi rahmat dan redha ALLAH swt.
      Selamat beramal dan berpuasa semoga beroleh kejayaan dunia akhirat.


Salam sayang salam hormat buat pewaris dan pelatih2 GHS

Thursday, June 18, 2015

RAMADHAN

Assalamualaikum wbt

Salam hormat salam sayang umat islam sekaliannya seluruh alam

Sempena Ibadah Puasa yang di fardhu kan ke atas umat islam .. hamba mengucapkan semoga dapat melaksanakan segala tanggungjawap ibadah ini dengan rasa syukur ... Ramadhan adalah bulan penuh barakah dan rahmat bagi sesiapa yang menghayati setiap perjalanannya.Istiqamahkan dan ganda amalan sekalian pelatih-pelatih dan para waris semuga mendapat redho Allah swt dalam meniti kehidupan di dunia ini.Insha Allah sama-sama kita manfaatkan  apa yang Allah swt kurniakan pada kita hamba yang serba kerdil dan kekurangan.....



Wednesday, June 3, 2015

Assalamualaikum wbt
salam hormat salam sayang buat umat islam seluruh alam.
Limpah kurnia nafas dan nyawa syukur pada Allah swt masih di berikan kesempatan untuk menjalani kehidupan di muka bumi ini.

          Mempelajari  ilmu  dan kemahiran pertempuran serta  beladiri biarlah yang memberi manfaat dunia dan akhirat kerna kita manusia tidaklah hidup selamanya , akan tiba masanya nyawa akan dicabut tanpa mengira waktu dan keadaan. Mempelajari seni pertempuran adalah kaedah atau usaha kita sebagai makhluk utk mengelakan kecederaan dan kematian  dari akibat-akibat dari serangan dan perbuatan yang merosakan tubuh pengamal.Segala Doa dan Usaha serta tawakal di panjat pada yang Esa hanya ALLAH swt tempat segala pergantungan dan berserah diri.
          Oleh yang demikian GHS amat menitik beratkan amalan dan doa khusus hendaklah di amalkan dengan tertib dan khusuk , dan usaha nyata di zahirkan jasad selari dengan rohani pengamal. dan akhirnya serahkanlah jiwa dan raga pada Allah swt  maha pencipta ,maha mengetahui setiap segalanya.
          Laksanakanlah syariat mu dan hidupkan dirimu dengan ziqir dan sentiasa berdoa pada Allah swt




Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan

                                                       -Surah Al Fatihah ayat 5-
  
Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina.

                                                         -Surah  Al Mukmin ayat 60-


Segala-galanya tiada upaya kita melainkan dengan izin Allah swt.


Tuesday, June 2, 2015

Busur Permulaan Kanak-Kanak


Assalamualaikum wbt

Salam hormat dan salam sayang untuk sekalian umat islam seluruh alam.



Melestarikan penggunaan  busur dikalangan pesilat atau individu hamba menyediakan  jualan busur permulaan kanak yang didatangkan lengkap bersama 2 arrow , sarung arrow dan penahan tangan.
busur ini mempunyai pilihan 3 kekuatan regangan  10 lbs , 15lbs dan 20 lbs.Busur ini adalah busur sebenar dan hendaklah di gunakan dengan langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya. Busur ini telah di hamba cuba dalam beberapa keadaan dan ianya adalah salah satu yang sesuai untuk kegunaan kanak-kanak dan juga golongan dewasa yang ingin mencuba dalam dunia memanah.dengan kos yang rendah dan bebaloi.

Harga Jualan RM 200 siap pos keseluruh Malaysia. dan di bekalkan dengan  ( 6 ) bulan waranty pembuat.
Maksud waranty ini adalah mana-mana kerosakan pada batang busur akibat tarikan seperti  patah, retak atau pecah. Ia tidak termasuk pada perbuatan yang dilakukan dengan sengaja dan akibat dari selain dari itu.