Assalamualaikum salam hormat salam sejahtera sekalian mahluk sekalian alam ...
Apa beza silat dan beladiri lain ..
Kalau di Malaysia ni hamba tengok beladiri asing yurannya sebulan paling murah RM 50 dan ada yang menjejak RM 150 sebulan untuk mempelajarinya .dan ramai pula yang menghantar anak mempelajarinya.
Jika lihat pada silat tak ramai yg mempelajarinya walau pun ada yuran dengan hanya RM 20,10,5 dan ada juga yang tiada langsung ambil yuran.
Hamba lihat master2 ,guru2 beladiri asing ini boleh hidup dengan selesa dengan mengajar aliran beladiri mereka di sebabkan yuran yang dikenakan. tapi apakah Isi ajaranya menepati dengan kehendak kerohanian peribadi muslim?
Walaupun guru2 silat hamba dulu mengajar dengan keikhlas tanpa di balas ..tapi keilmuan yang diturunkan cukup bermakna membawa diri yang hina ni untuk mengenal erti perjuangan dunia dan akhirat, kerana silat tidak hanya untuk didunia tapi biarlah dapat manfaat untuk akhirat.
Untuk menuntut ilmu memerlukan pengorbanan masa , tenaga dan harta .. peredaran zaman mengubah segalanya. Ilmu yang berharga adalah yang dapat dimanfaatkand alam kehidupan.
Insha ALLAH semoga apa yang pernah hamba turunkan pada pelatih dan pewaris beroleh manfaat dan barakah .
Salam sayang salam hormat semoga kita sama memperoleh ridha ALLAH swt