Rasulullah SAW bersabda: ” Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam
naunganNya iaitu: Imam (pemimpin) yang adil; pemuda yang tumbuh dewasa
dalam beribadah pada Allah; orang yang hatinya selalu terikat pada
masjid; dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul kerana
Allah dan berpisah kerana Allah; seorang lelaki yang dirayu oleh
seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia
menolaknya dan berkata ‘Aku takut kepada Allah’; orang yang bersedekah
sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan
kanannya; dan seorang yang berzikir kepada Allah sendirian lalu
menitikkan airmatanya.”
(HR. Bukhari Muslim)