Saturday, November 23, 2013

MENJAGA AKHLAK

Assalamualaikum wbt
salam hormat salam sayang hamba pada pada semua pewaris dan penyampai serta umat muslimin

         Dalam menuntut sesuatu ilmu perlukan kesabaran dan ketekunan bagi mendapatkan hasilnya. Walaupun keilmuan silat Gerak Haq Sejati menghadirkan gerakan silat melalui rasa dan sifat yg terzahir ,namun ianya mempunyai level2 dan peringkat penyatuan dengan rasa yg hadir bagi menjadikan seseorang pengamal menjadi mahir dan  masak dalam ilmu yg di amalkan .Pembentukan akhlak dan menjaga segala bentuk amalan syariat amatlah ditekankan agar jiwa dan hati kita sentiasa mengingati dan bertawakal pada ALLAH swt .
        Jangan di taburkan benih2 kesombongan,takbur dan riak di jiwa ,sentiasalah mendidiknya dengan ziqirullah dan sabar menghadapi segala ujian dan cobaan kehidupan.Biarlah kita menjadi pendekar dunia dan akhirat .Tidaklah berjaya seseorang itu jika hanya mengecapi nikmat dunia manalaka gagal dalam hubungan dengan ALLAH swt.
      Semoga ALLAH swt memberikan petunjuk dan hidayahnya pada kita semua dan memberikan kejayaan dunia dan akhirat.

Monday, November 18, 2013

AWAS DAN BERHATI-HATI BAGI PENCINTA SILAT

Asslamualikum, Salam hormat dan salam sayang kepada umat muslimin dan muslimah sekalian 
Pendedahan akhbar pada Ahad lepas berkaitan dengan silat segera,Untuk makluman pewaris2 tuan puan,saudara saudari sekalian silat yg menggunakan jin dampingan dan khadam ini masih banyak sejak dahulu lagi,kesan sampingan yg dijelaskan dalam mingguan metro tersebut tidak lah hamba nafikan maka diminta berhati-hatilah bagi yg meminati seni silat ,Tujuan yg sama iaitu berkehendakan kepandaian bersilat tetapi melalui jalan berbeza dan salah dan sudah tentu mempunyai amalan2 yg bertentangan dengan kehendak agama itu sendiri. Dalam GHS kami menitik beratkan penguasaan dan pengukuhan rohaniah serta akhlak...semoga yg terlanjak kembali kejalan yang benar agar hidup kita di berkati dunia akhirat.jika masih ada diluar sana masih keliru berkaitan perbezaan silat melalui jalan Haq dan jalan yg menggunakan bantuan jin serta khadam bolehlah menghubungi hamba semoga diberikan pencerahan dan tidak terkeliru . In shaa ALLAH



Thursday, October 31, 2013

EMAIL UNTUK DI HUBUNGI

Assalamualaikum wbt

salam hormat salam sayang hamba kepada semua umat islam  dan mahluk sekalian alam.

Kepada pewaris,penuntut, dan individu yang ingin menghubungi hamba pada email
gerakhaqsejati@gmail.com  sila sertakan nama penuh tuan-tuan,.  In shaa ALLAH segala pertanyaan serta  persoalan akan hamba layani.

semoga ALLAH swt memberkati dan merahmati  kehidupan tuan2 ,saudara2 sekalian

Wednesday, October 23, 2013

PENGORBANAN MENUNTUT ILMU

Assalamualaikum wbt

Apa cabaran tuan-tuan/saudara /saudari dlm menuntut sesuatu ilmu, masa ,tenaga,wang ringgit dan kesungguhan beserta kehendak yang tinggi.

Jika ianya tiada dalam diri maka tunggulah setiap sesuatu itu gugur datang bergolek.Setiap perbuatan dan kehendak mesti disertakan usaha baru mendatangkan hasil.Belajar dengan hamba tidaklah percuma seperti segelas air suam ( di kedai mamak air suam pun di cas) anda perlu mengorban  masa ,tenaga dan sedikit mahar yg di tetapkan atas sebab dan syarat2 tertentu...Jika anda belajar di universiti  pasti juga berbayar puluhan ribu utk segulung ijazah dan diploma . Anda sendiri boleh fikirkan kenapa... adakah semua bende didunia ini percuma dan boleh di cedok mengikut kehendak rasa.

Kalau ia membebankan dan tuan-tuan/saudara saudari tidak mampu utk itu dan merasakan kerugian serta membazir waktu,tenaga,wang tuan-tuan. Maka carilah guru-guru diluar sana yang lebih baik dan lebih mulia sesungguhnya dunia ini luas tuan2 pasti jumpa yang terbaik untuk apa yang dihajati .

Sesungguhnya hamba serba dhoif lagi faqir memohon ampun dan maaf sekiranya penulisan kali ini memberikan impak menyebab ramai orang terasa hati.sama2 kita berbaik sangka dan mendoakan kejayaan setiap umat islam dimuka bumi ini.

Tuesday, October 22, 2013

TUNTUTAN MEMPELAJARI KEMAHIRAN MEMANAH

Bersabda Rasulullah S.A.W.
"Adakah kamu tahu bahawa kekuatan itu ada pada memanah? "

Telah dikhabarkan oleh Abdullah bin Muhammad Abu Qasim Al-Thaghari, katanya telah menceritakan kepada kami oleh Daud, katanya telah menceritakan kepada kami Mubarak iaitu Abdullah bin Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir, katanya telah menceritakan kepada Abu Muslim dari Khalid bin Yazid, katanya: "Aku adalah seorang pemanah." Maka Uqbah bin Amir lalu dekatku sambil berkata:
"Sesungguhnya Allah Taala memasukkan tiga orang ke Syurga disebabkan oleh satu anak panah, iaitu pemilik anak panah itu yang mengharapkan kebaikan daripadanya, pemanah (yang menggunakan anak panah itu) dan pembuat anak panah itu. Memanahlah kamu dan tungganglah kuda, sesungguhnya jika kamu memanah, lebih-lebih aku sukai dari kamu menunggang kuda, tidak sia-sia seseorang yang melatih kuda untuk permainan keluarganya dan melatih memanah dengan busur dan anak panahnya. Sesiapa yang meninggalkan memanah atas kehendaknya sendiri setelah mempelajarinya, sesungguhnya ia telah meninggalkan (semua ganjaran baik) ini atau telah mengingkarinya."

Diriwayatkan dari Rasullullah S.A.W. adalah baginda melihat seorang lelaki dari sahabat baginda yang dipanggil dengan gelaran Habib, badannya kurus dan ia pernah menjadi seorang pemanah. Maka bersabda baginda kepadanya, "Apa yang engkau lakukan dengan panahmu dan badanmu?". Dijawab oleh lelaki yang berada di samping Habib, "Dia telah meninggalkan memanah dan kini menumpukan kepada beribadat". Maka sabda Rasulullah S.A.W. :
"Demi Allah, yang mengutuskan aku dengan kebenaran, kerjamu sekarang ini (beribadat) tidaklah lebih utama dari kerjamu yang engkau telah tinggalkan itu (memanah). Oleh itu Habib kembalilah memanah".

Diriwayatkan dari mereka yang dipercayai bahawa Nabi S.A.W. telah bersabda:
"Sesiapa yang memanah satu anak panah dalam perang sabilillah, sama ada kena pada musuh atau tidak, adalah baginya satu martabat di sisi Tuhannya".

Dari sabda Nabi S.A.W. :
Sesungguhnya malaikat tidak akan hadir dalam permainan kamu yang sia-sia kecuali perlumbaan (pacuan) dan permainan senjata. Serta bersabda Nabi S.A.W.: "Pelajarilah oleh kamu memanah maka sesungguhnya di antara dua jarak memanah itu (jarak pemanah dan sasarannya) adalah bandingannya seumpama satu taman dari taman-taman Syurga" .

Diriwayatkan dari Ibrahim An-Nakhael, sesungguhnya ia telah berkata:
"Busur panah yang ada di rumah merupakan sokongan dalam mengerjakan sembahyang".

Telah bersabda Nabi S.A.W. :
"Memanahlah kamu wahai Bani Ismail, sesungguhnya datuk moyang kamu adalah ahli-ahli pemanah".

Bersabda Nabi S.A.W. ketika dalam peperangan Uhud :
"Panahlah olehmu wahai Saad (Saad bin Abi Waqas), aku pertaruhkan bapa dan ibuku ditanganmu".

Dari Salamah bin Al-Akwa’ radhiallahu anhu dia berkata:


مَرَّ النبيُّ صلى الله عليه وسلم عَلَى نَفَرٍ مِنْ أَسْلَمَ يَنْتَضِلُوْنَ فَقالَ: اِرْمُوا بَنِي إِسْماعِيْلَ فَإنَّ أَباكُمْ كَانَ رَامِياً

“Nabi shallallahu alaihi wasallam pernah melewati sekelompok Bani Aslam yang berlomba memanah. Lalu beliau bersabda, “Memanahlah kalian wahai anak keturunan Ismail, karena sungguh ayah kalian adalah seorang pemanah.”
(HR. Al-Bukhari no. 2899)
Dari Uqbah bin Amir radhiallahu anhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda di atas mimbar:

وَأَعِدُّوا لَهُمْ ما اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ، أَلآ إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ، ألا إن القوة الرمي، ألا إن القوة الرمي

“Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.” 
(HR. Muslim no. 1917)

Dari Uqbah bin Amir radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

مَنْ عَلِمَ الرَّمْيَ ثُمَّ تَرَكَهُ فَلَيْسَ مِنَّا أَوْ فَقَدْ عَصَى

“Barangsiapa yang tahu cara memanah lalu dia meninggalkannya maka dia bukan golongan kami atau sungguh dia telah bermaksiat.”

(HR. Muslim no. 1919)

Penjelasan ringkas:

Agama Islam adalah agama yang kuat dan agama yang memerintahkan untuk senantiasa mempersiapkan kekuatan dan menempuh semua wasilah dalam mengumpulkan kekuatan. Dan di antara bentuk persiapan kekuatan yang diperintahkan dalam Islam adalah memanah dan menembak. Nabi shallallahu alaihi wasallam mendorong para sahabat dan umatnya agar bersemangat dan berlumba dalam mempelajarinya karena kemampuan memanah dan menembak ini sangat diperlukan dalam jihad di jalan Allah dan dalam membela kaum muslimin. Dan dari sisi yang lain, Nabi shallallahu alaihi wasallam juga mencela dengan sangat orang yang mengetahui cara memanah yang baik lalu dia meninggalkannya tanpa uzur yang dibenarkan oleh syariat.

Tuesday, October 15, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 10 ZULHIJRAH 1434

Assalamualaikum wbt.

Salam hormat salam kemaafan hamba tujukan buat pewaris,murid dan pengunjung blog ini ,sempena hari yg mulia lagi barakah ini bersama2 kita menghayati segala nikmat yg telah Allah swt turunkan pada kita hamba NYA .segala puji pagi Allah yg memberikan kemudahan dlm menjalani segala amal ibadah (semoga di terima segala amalan)  ,diberikan keamanan dan kesenangan yg patut kita hargai berbanding rakan2 saudara2 kita yg telah di uji dengan pelbagai kesusahan ,peperangan,pembunuhan dan sbagainya sama2 kita menadah tangan utk mendoakan agar mereka dilindungi dunia akhirat diberikan kemudahan dalam menjalani kehidupan seharian.

        Ancaman musuh2 islam adalah tidak putus2 dengan pelbagai cara dan kaedah hendaklah kita semua bersatu dan mengelakan pertelagahan dan pergaduhan sesama sendiri .Dengan adanya ibadah korban yg amat besar maknanya ini marilah kita menghayatinya apakan pengorbanan yg sebenarnya dalam menjadi hamba yg sebenar dalam meniti perjalanan dunia ke akhirat.

      semoga segala amal ibadah kita di terima ..In Shaa ALLAH

Sunday, September 22, 2013

Tangungjawap

Maha suci ALLAH tuhan sekalian alam ,berkasih sayang semasa saudara seislam,sesama mahluk dan berdoa agar bertambah ke imanan,ketakwaan dan istiqamah dalam beramal ibadah... hamba menyusun seribu kemaafan buat saudara-saudara pelatih dan pewaris yang ingin bermuzakarah pada hari2 kelepasan hendaklah terlebih dahulu menghubungi hamba samada telefon,sms dan email  memandang masa hamba amat terhad untuk mencari rezeki... setiap ketetapan masa adalah amat berharga buat kita semua.
       Semoga kita terus berusaha untuk kearah kebaikan dan menunaikan tangunjawap kita dalam lindungan dan keberkatan Ilahi ...salam sayang salam hormat untuk kalian semua .

Thursday, August 8, 2013

Di kesempatan ini hamba menyusun sepuluh jari memohon jutaan kemaafan bagi pewaris2 GHS ,Pelatih2 dan sekalian yg nyata yang ghoib yang sengaja yang tidak yang terdahulu dan yang kini dan yang akan datang sesungguhnya ALLAH swt lebih mengetahui segala kesilapan dan dosa2 kita ... sesama manusia,sesama mahluk sekalian alamnya....... semoga di kurniakan rahmat,kesihatan , kebahagiaan dalam menjalankan amanah ibadah seharian ...In Shaa ALLAH

Sunday, July 14, 2013

Rasulullah SAW bersabda: ” Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naunganNya iaitu: Imam (pemimpin) yang adil; pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah; orang yang hatinya selalu terikat pada masjid; dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah; seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya dan berkata ‘Aku takut kepada Allah’; orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya; dan seorang yang berzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.”
(HR. Bukhari Muslim)

Saturday, June 22, 2013

KAEDAH BELAJAR JARAK JAUH

Untuk perhatian kepada semua yang mempelajari secara jarak jauh atau yang ingin mempelajari secara jarak jauh atas pelbagai kesulitan dan masalah untuk hadir .Adalah diingatkan paling afdal mempelajari sesuatu ilmu adalah secara berhadapan bagi memudahkan penyampaian dan pemahaman.Hamba cuma memberikan pilihan mempelajari secara jarak jauh atas pilihan yang bukan mutlak dan sebaiknya hendaklah hadir paling kurang sekali atau dua kali dalam 1-2 tahun, ini memudahkan anda mengenali siapa guru kalian dan mendapat manfaat muzakarah ilmu dan penyampaian yang lebih jelas.Penyampaian secara jarak jauh tidaklah akan sama seperti berhadapan kerana penerangan jarak jauh terhad terhadap risalah amalan dan penerangan melaui telefon atau email sahaja..

PERSEDIAAN PELAJARAN JARAK JAUH

1) hubungi melalui sms / telefon no GHS untuk penerangan ringkas
2) buat pembayaran mahar ke akaun yang diberikan
3) sms kan nama penuh , tarikh lahir ,nama ibu dan alamat utk kiriman risalah amalan
4) apabila risalah telah sampai ke alamat yg diberikan  sila maklum melalui sms / call utk pemberitahuan
5) Pelatih hendaklah melakukan solat taubat dan hajat selepas solat isyak setelah selesai sila maklumkan
6) Guru utama GHS akan mengijazahkan dan membuka jaluran tenaga anda melalui jarak jauh . dan akan di
    berikan penerangan ringkas.
7) segala kemuskilan dan permasalahan bolehlah di emailkan @ sms @ call untuk penerangan .
   

Wednesday, June 19, 2013

Assalamualaikum wbt....

Sudah agak lama hamba tidak menulis di sini atas faktor kesibukan..
Terima kasih bagi pewaris2 GHS lama dan baru yg mengunjungi hamba untuk muzakarah dan pemahaman ilmu.Sejak kebelakangan ini semakin ramai individu yang mendekati silat dan ianya adalah perkembangan yang sihat sebagai benteng pertahan diri kita dengan jalan usaha serta tawakal kepada ALLAH swt sesuai dengan firman Allah swt ;
"Allah swt telah memerintahkan orang-orang Islam supaya bersiap sedia dengan kekuatan dengan firmannya “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahui; sedangkan Allah mengetahuinya” (al Anfal: 60)
 Bagi pewaris GHS sentiasalah beramal dengan ikhlas semoga hati kita sentiasa terdidik di jalan yang benar.Kita juga ketahui ramai saudara2 kita di lain-lain negara yg sedang berperang sedang berjihad nyawa mempertahankan Islam.Hendaklah kita bersyukur dibumi Tanah Melayu ini masih aman dan mestilah kita hargainya,walaupun begitu musuh-musuh islam sentiasa mencari2 ruang untuk memusnahkan kita dari segenap penjuru.Sentiasalah kita memohon perlindungan dari ALLAH swt .
Semoga pewaris-pewaris GHS yang hamba sayangi dalam rahmat dan lindungan ALLAH swt .teruskan beramal dan berlatih dengan ikhlas kerana ALLAH swt.

Sunday, March 31, 2013

PERISTIWA LAHAD DATU DAN SEMPOERNA

Assalamualaikum wbt...
Sesungguh kita telah di kejutkan beberapa peristiwa di Sabah iaitu Lahad Datu dan Sempoerna
walau apa yang mencetuskannya tentulah berpunca dari tangan-tangan gelap yang di dalangi pihak-pihak tertentu yang ingin merosakan kedamaian yang sedia. dalam negara tercinta.Bersamalah kita melakukan solat hajat dan berdoa agar di hapuskan segala petualang dan pengkianat negara dan di serlahkan segala kebenaran yang tersembunyi Peristiwa ini yang telah mengorbankan anggota keselamatan yang berjuang untuk mempertahankan negara.tanpa rasa gentar . semoga kalian semua dalam Rahmat dan ditempat yang terbaik di sisi ALLAH swt.
     Bagi pengamal GHS sekalian bersedialah kita  dalam apa jua keadaan untuk cabaran2 yang akan mendatang.. sentiasa doakan keamanan terus kekal di negara ini... Insya-ALLAH

Saturday, February 2, 2013

SILAT DAN PERPADUAN

Assalamualaikum wbt...

Ingin hamba nyatakan disini bagi sekalian pengamal dan pelatih GHS  tidak sekali takbur ,riak dan sombong dalam apa jua kelebihan dan keistimewaan yang ALLAH swt kurniakan..kerana dengan kelebihan yg sedikit itu ALLAH swt ingin menguji hambanya.Pangkat,harta, dan kuasa hanya pinjaman semata-mata dan semunya akan di hitung kembali di akhirat kelak.

              Walau berlainan perguruan dan silat jangan sesekali menghina dan merendah-rendahkan orang lain .Bersaudaralah kamu semua selagi untuk kekuatan umat islam.Ingat memperingati lah kamu jika ada antara kamu tersilap.

Apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

             Insya ALLAH  semoga semua beroleh kejayaan dunia dan akhirat

Saturday, January 19, 2013

Assalamualaikum wbt

sudah agak lama hamba tidak mengupdate blog ini.dek kerana kesibukan urusan harian dan kerja
untuk makluman semua pengamal dan pelatih GHS dan individu yang ingin mempelajari GHS ,sila baca kembali pd posting sblm ini .

              untuk yang ingin mengambil kursus intensif  sila tetapkan masa dan waktu terlebih dahulu agar memudahkan  masa  penyampaian dan pengisian.Bagi pengamal dan pelatih lama  yg ingin bermuzakarah dan ingin berlatih boleh datang pd waktu yang di tetapkan atau masa lain hendaklah berhubung terlebih dahulu,jika ada pertanyaan boleh terus menghubungi  pd talian yang diberikan .

            Semoga segala yg telah di sampaikan mendatangkan maanfaat dan memberi kebaikan pd pengamal GHS