Friday, December 31, 2010

Manfaat Ilmu gerak Haq

   Mempelajari keilmuan gerak banyak memberikan manfaat dari segi kemahiran bersilat dan kekuatan semulajadi dan bantuan dari Allah swt , Melindungi dari bahaya zahir mahupun bahaya angkara sihir,jin dan syaitan.kekuatan yang lahir dari kebesaran Allah dalam setiap diri manusia  ini Insya-ALLAH akan melindungi diri kita,sesungguhnya dari Allah tempat kita memohon pertolongan dan perlindungan.

   Seseorang yang mahir akan rahsia gerak dirinya akan memperolehi pelbagai kelebihan selain dapat mendekatkan diri pada Allah swt.kemampuan bersilat  @ apa sahaja beladiri yang di lakukan dalam keadaan sedar dan waras kemampuan ini hadir dengan rasa.ilham dan tiba2  .boleh di uji jika ada jin atau dampingan.bolehlah di rukyahkan pengamal2 gerak haq ini.

  Melakukan Pengubatan untuk diri sendiri atau orang lain,Melakukan rawatan penyakit zahir dan batin,sihir,santau, mengurut membuang bisa badan dan angin dalam badan dan pelbagai lagi,Insya-ALLAH

   keupayaan ini tidak terbatas pada perkara di atas malah banyak lagi masalah yang boleh kita selesaikan sendiri tanpa bantuan orang lain jika kita tahu cara dan rahsianya,Mohonlah dengan Allah swt ,Mintalah dengan Allah swt ,Sesungguhnya Allah itu maha besar ,maha mengetahui...

 Saya ingin menyampaikan ilmu ini kepada semua agar ia dapat manfaat untuk semua golongan umat islam dengan kos yang tidak membebankan dan tidak di tipu oleh bomoh-bomoh palsu yang menyebabkan anda hilang ribuan ringgit dalam menyelesaikan masalah.sedangkan anda boleh menyelesaikan masalah itu sendiri cuma perlu tahu caranya iaitu memohon dan mendekatkan diri dengan Allah swt

Wednesday, December 22, 2010

MAHAR PERGURUAN & KHATAM

Assalmualaikum wbt

Ada yang bertanyakan kepada saya kenapa mempelajari sesuatu ilmu mesti ada bayaran atau yuran ? 

 Jawapan saya mudah sahaja ,jika zaman skrang di mana sahaja anda menuntut ilmu tidak kiralah apa ilmunya baik di universiti,kolej,mengaji muqadam dengan ustaz @ ustazah pastinya ada yuran dan bayaran,ini kerana pihak-pihak tersebut perlu makan minum dan meneruskan kehidupan mereka.. Universti pula perlu membayar duit2 gaji pensyarah sehinggalah untuk meneruskan survival sesuatu tempat menuntut ilmu itu..,jadi disitulah wujud bayaran  ..jika wujudnya kita pada zaman dahulu kala maka kita akan mendiami di tempat guru yang mengajar dengan membantunya dalam kerja2 harian untuk meneruskan kehidupan dan itulah bayaran kita untuk guru tersebut,perubahan zaman dari masa kesemasa maka wujud pula wang,maka wanglah yang menjadi mahar sesuatu perguruan iaitu tanda terima kasih pertukaran ilmu antara guru dan murid serta untuk survival guru tersebut bagi meneruskan perjuangan penyampaian ilmunya berterusan.

Di dalam dunia ini tiadalah yang percuma dalam menuntut ilmu cuma di bezakan nilai RM-RM yang perlu anda keluarkan untuk sesuatu samada mahal atau murah,berbaloi atau tidak dengan kehendak individu. Masa ,tenaga dan wang ringgit adalah pengorbanan dalam menuntut sesuatu ilmu...Fikir fikirkanlah?

Di perguruan gerak haq sejati mahar bukanlah menjadi ukuran, kami menetapkan mahar perguruan serendah RM 99 untuk seumur hidup , sehingga penuntut menamatkan perguruan dengan semua ilmu di turunkan mengikut peringkat dan tahap seseorang murid.Jika mengikuti sesuatu pembelajaran biarlah sampai tamat dan khatam ,Ibarat seperti kita mengaji Al-Quran sehingga habis,Belajar di Universiti  sehingga dapat diploma atau ijazah begitulah sebaliknya belajar silat ,biar ilmu itu kita tahu rahsianya , mendapat maanfat dan boleh dinturunkan pada anak cucu.

Thursday, December 9, 2010

Kaedah Belajar Gerak Haq

Silat Gerak Haq Sejati menggunakan Tenaga dalam dan Roh kita sendiri bagi menghadirkan sesuatu gerakan semulajadi diri yang di aktifkan melalui zikir dan terzahir melalui doa dan niat seseorang dan pengamal dalam keadaan sedar dan waras semasa melakukan gerak silat
Ianya tidak ada melalui perantaraan Jin atau Syaitan atau lain2 unsur mahluk selain dari mentauhidkan Allah swt

terdapat 3 kaedah mempelajari gerak Haq Sejati

pertama Hadir diri di ke tempat saya di Kg Bukit rambai Melaka -Pelatih akan di bukakan pintu2 tenaga dan seterusnya membuat pengisian dan di paraktikal kan terus  dalam masa 1- 5 jam (jangkaan bagi setiap individu berlainan)

kedua secara jarak jauh - akan di bukakan pintu tenaga dari jarak jauh dan di berikan amalan pengisian dan seterusnya di paraktikalkan sendiri oleh pengamal ( bagi yang tinggal jauh luar melaka tetapi lebih afdal hadir diri )

yang ke tiga menghadirkan diri ke kursus intensif silat gerak haq di gelanggang saya 2 hari 1 malam dan akan di ajarkan secara intensif dengan pembukaan dan pengisian di buat oleh saya sendiri ( bagi yang tinggal jauh luar melaka @ terpulang pada permintaan) bagi yang intensif akan di sediakan tempat tinggal dan makanan serta mahar perguruan  dengan kos kursus RM 350 (kursus hari sabtu dan ahad sahaja)

nilai semasa mahar perguruan seumur hidup RM 99 ( sekali sahaja)  termasuk mahar pertukaran ilmu dan derma kpd sekolah2 tahfiz atau masjid atau tempat2 pengembangan islam

Untuk Murid Gelanggang Sahaja
pembiayaan gelangang sebulan adalah RM 10 bagi yang mampu RM 5 bagi yang kurang mampu RM 2 Bagi yang tidak mampu dan percuma bagi orang2 yang langsung tidak mampu latihan mingguan adalah 4x dalam sebulan ( bagi yuran gelanggang hanya untuk individu yang bergelangang sahaja kadar tersebut tidak lah di tetapkan atau wajib tapi adalah seiklas mungkin )

Friday, December 3, 2010

Kursus Intensif Gerak Haq Sejati

Pengambilan pelatih baru melalui kursus yang di adakan selama 2 hari 1 malam 
(untuk pelatih yang jauh dan tinggal di luar negeri Melaka atau atas permintaan )

Tempat : di Bukit Rambai Melaka

Masa    : Setiap Sabtu dan Ahad 
              Jam 9 pagi (sabtu) - jam 5 ptg ( ahad)

Pendaftaran boleh datang pada hari jumaat malam   jam 9 mlm - 12 mlm

Sila Bawa Pakaian yang sesuai untuk latihan

Tempat Tinggal Makan dan di minum di sediakan

Bayaran Penuh RM 450

* kursus ini tertakluk pada syarat dan terma

Monday, October 25, 2010

Berbeza manhaj tidak mesti sesat

Temuramah Utusan Malaysia bertarikh 10 Nov 2009 bersama Dr Mohd Nizam Shaad. Bahagian Pengajian Islam
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
11800 Universiti Sains Malaysia
Apakah manhaj penyampaian tauhid oleh Nabi SAW kepada para sahabat?
NIZAM: Dari sudut sejarah, pendekatan penyampaian akidah tauhid kepada para sahabat pada zaman Rasulullah SAW bersifat mudah dan padat. Maksudnya, menggunakan terus pendekatan al-Quran menerusi wahyu Allah.
Jika ada sebarang pertanyaan yang menuntut penjelasan dari Rasulullah, baginda memberi penerangan terus atau menunggu wahyu Allah. Corak jawapan kepada persoalan tersebut berbeza-beza tahapnya bersesuaian dengan tahap pertanyaan dari siapa dan keadaan semasa.
Penjelasan Nabi SAW dengan bait katanya pula menjadi sunnah ikutan dalam hal berakidah. Oleh sebab itu, pendekatan zaman awal Islam boleh dikatakan sebagai menggunakan pendekatan al-Quran dan al-Sunnah.
Pada zaman ini, masyarakat Islam menerima apa sahaja yang dibawa oleh Rasulullah tanpa banyak soal. Mereka beriman sepenuhnya dengan apa yang diajar kepada mereka oleh Nabi SAW.
Sebagai contoh, lihatlah sahaja bagaimana peribadi Saidina Abu Bakar yang membenarkan apa yang diceritakan kepadanya tentang peristiwa ghaib Israk dan Mikraj tanpa banyak soal tentang kebenarannya.
Asalkan khabar berita yang dibawa kepadanya datang dari Nabi Muhammad SAW, beliau akan membenarkannya. Oleh sebab itulah, beliau diberi gelaran al-Siddiq yang bererti yang membenarkan. (Muhammad Mutawalla al-Sya’rawi , 1981:110)
Adakah ini bermakna, suasana perbahasan ketika itu tenang daripada polemik?
NIZAM: Ringkasnya, suasana perbahasan pada zaman Rasulullah amat tenang daripada pertelingkahan pendapat khususnya dalam masalah akidah. Mereka menolak perdebatan dan perbahasan panjang tentang persoalan Ilahiyyat.
Rasulullah adalah sumber rujukan utama. Mereka juga menerima agama daripada riwayat yang benar dan athar yang diriwayatkan dari dalil orang adil dan thiqah (dipercayai) sehingga sampai kepada Rasulullah.
Mereka memahami apa yang diterangkan oleh Rasulullah dan memilih untuk berdiam diri dari berdebat tentang sifat-sifat Allah. Mereka juga tidak pernah membeza-bezakan sifat-sifat tersebut menjadi sifat zat dan sifat fi’l, melainkan mereka menetapkan sifat-sifat azali bagi Allah.
Mereka juga memutlakkan makna yang telah dimutlakkan Allah sendiri bagi diri-Nya, seperti wajah, tangan dan sebagainya dengan menafikan kesamaan sifat itu dengan makhluk. Mereka menetapkannya tanpa tasybih dan mensucikannya tanpa ta’til.
Mereka bersepakat mengakui sifat-sifat Allah sebagaimana diajar dan tidak ada yang pernah mengambil cara-cara ilmu Kalam dan juga falsafah. (Abu al-Hasan ‘Ali bin Isma’il al-Asy’ari, 1999:8 & 9)
Apakah pula pendekatan mengajar tauhid selepas wafatnya Nabi SAW?
NIZAM: Setelah wafatnya Rasulullah khususnya pada era tiga kurun awal hijrah, pendekatan yang digunakan masih bersesuaian dengan kaedah yang ditinggalkan oleh baginda.
Kaedah pengajaran ini lebih dikenali dengan kaedah salaf, iaitu kaedah yang digunapakai oleh golongan terkemudian dalam mengajar tauhid kepada masyarakat. Istilah salaf ini mula masyhur ketika mana berlaku persaingan pemikiran dan perdebatan aliran-aliran ilmu kalam dalam soal usuluddin atau dasar-dasar agama berhubung dengan persoalan akidah.
Ramai dalam kalangan mereka cuba mengaku diri sebagai golongan salaf dan cuba mempertahankan Islam dari serangan pemikiran ahli bidaah. (Muhammad bin Aman al-Jami’, 1991:57)
Pada zaman kemudiannya, ketika mana unsur falsafah dan ilmu kalam meresap masuk dalam ilmu tauhid, pendekatan pengajaran tauhid turut menggunakan kaedah falsafah dan ilmu kalam khusus dalam menjawab penyelewengan yang timbul dalam aspek akidah.
Pada masa yang sama, golongan salaf terutamanya ahli hadis membuat bantahan terhadap kaedah yang diguna pakai oleh ahli Ilmu Kalam. Mereka berpendapat, al-Quran dan al-Sunnah sudah memadai dalam mencari jawapan terhadap persoalan akidah dan tidak perlu kepada dalil akal atau menggunakan kaedah falsafah.
Para sahabat dan tabien menutup rapat pintu ta’wil dalam soal Ilahiyyat misalnya ta’wilan dan tafsiran yang membawa kekeliruan dan salah faham tidak mendapat tempat di sisi mereka. Soalan yang berbentuk bagaimana dan kenapa adalah perkara yang dijauhi dan dianggap suatu perkara bidaah dalam hal Ilahiyyat. (’Irfan Abd al-Hamid, 1967:126)
Kemudiannya, bangkit Ibn Taimiyyah (m.728H) yang merumuskan pendekatan Tauhid Tiga Serangkai iaitu rumusan tauhid berdasarkan kepada Tauhid Rububiah, Uluhiah dan Asma’ wa Sifat yang berteraskan fahaman kaedah salaf.
Bila pula munculnya tauhid berasaskan Sifat 20?
NIZAM: Pada zaman mutakhir, tatkala umat Islam diserang pemikiran akidahnya dan bercampur baur pemahaman akidahnya dengan unsur falsafah yang menyesatkan, muncul Muhammad Yusuf al-Sanusi (w.896H / 1490M) dengan pendekatan baru iaitu pendekatan Sifat 20 dalam kitabnya yang masyhur iaitu Umm al-Barahin.
Pendekatan ini tersebar luas sehingga ke nusantara Asia Tenggara termasuk Malaysia. Pendekatan sifat 20 ini dalam memahami akidah kemudiannya dikembangkan dalam bentuk terjemahan oleh ulama nusantara dalam kitab-kitab jawi atau juga dikenali sebagai kitab-kitab kuning.
Pada tahun 1757M. iaitu pada abad ke 18M. misalnya, Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin telah menterjemah serta mengubah suai kitab al-Sanusi yang bertajuk Umm al-Barahin yang membincangkan persoalan berkaitan dengan ajaran Sifat 20. Kitab tersebut kemudiannya dinamakan Bidayah al-Hidayah. (Kamarul Bakri bin Abd. Aziz, 1999:80 & 81)
Selepas itu beberapa kitab berkenaan dengan ilmu tauhid yang berasaskan kitab Umm al-Barahin ini telah dikarang. Di antaranya ialah Zuhrah al-Murid fi Bayan Kalimah al-Tauhid oleh Abdul Samad Palembani pada tahun 1764M di Mekah.
Pada masa itu juga, Nawawi Bentani yang berada di Mekah telah menyusun sebuah kitab syarah kepada Umm al-Barahin yang bertajuk Zari’at al-Yaqin. (C. Snouck Hurgronje, 1970: 271)
Pada abad ini juga Tok Syihabuddin dari Palembang turut mengembangkan ajaran Sifat 20 melalui kitabnya Aqidah al-Bayan. (Kamarul Bakri Abd. Aziz, op. cit.)
Pendek kata, aliran akidah yang berkembang di nusantara adalah berasaskan fahaman al-Asya’irah terutamanya berkenaan sifat 20 menurut huraian al-Sanusi dalam kitabnya Umm al-Barahin.
Kebiasaannya, para ulama kitab Jawi akan mengupas tentang sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah. Mereka membahagikan sifat wajib kepada 20 dengan pembahagian kepada empat kategori iaitu nafsiah, salbiah, ma’ani dan ma’nawiyyah berserta huraiannya. (Ibid.)
Ringkasnya, di sepanjang sejarah perkembangan akidah Islam dari sudut pendekatan pengajarannya, terdapat pelbagai kaedah yang diformulasikan oleh para sarjana Muslim yang diaplikasikan dalam masyarakat Islam pada zaman-zamannya.
Secara ringkas, terdapat tiga pendekatan yang menonjol iaitu pendekatan al-Quran dan al-Sunnah, pendekatan lanjutan dengan nama pendekatan Tauhid Tiga Serangkai dan pendekatan lanjutan rumusan berasaskan Sifat 20 atau Doktrin Sifat 20.
Malangnya perbezaan pendekatan itu mendorong sebahagian kita melabel manhaj yang lain sesat? Bolehkah?
NIZAM: Ketiga-tiga cara penyampaian akidah tauhid di atas sama ada melalui pendekatan al-Quran dan al-Sunnah, pendekatan Tauhid Tiga Serangkai dan Sifat 20 merupakan cara atau manhaj yang digunapakai dalam sejarah perkembangan ilmu penyampaian akidah tauhid.
Kesemua cara tersebut bermatlamat hendak mengenalkan Allah kepada masyarakat. Oleh itu, membuat tuduhan bahawa pendekatan sesetengah pihak sesat dan bidaah adalah tidak wajar. Isunya di sini adalah apa yang digunakan itu adalah satu bentuk pendekatan.
Matlamatnya tetap sama untuk menyeru manusia beriman kepada Allah. Berbalah dalam isu pendekatan hanya merumitkan keadaan dan menyebabkan masyarakat keliru dengan pegangan pendekatan yang digunakan.
Ahli Sunnah wa al-Jamaah bukan sahaja melarang kita membudayakan isu kafir mengkafir bahkan tidak menggalakkan kita sesat menyesatkan antara saudara seagama tanpa asas yang kukuh.
Malah kedua-dua tindakan itu hampir sama. Begitu juga, seandai sesetengah pihak menuduh Ibn Taimiyyah sesat dalam kaedahnya, maka banyak yang perlu disemak dalam kurikulum pendidikan negara di peringkat sekolah menengah dan universiti.
Begitu juga andainya pihak yang lain pula menuduh Sifat 20 itu sebagai bidaah, maka banyak pula kitab-kitab ulama nusantara yang masyhur di sisi orang Melayu wajib ditinggalkan.
Berbalah dan berselisih dalam hal pendekatan pengajaran ini haruslah dielakkan demi keharmonian masyarakat awam dalam memahami akidah Islam yang sebenar.
Sumber: Institut Al-Qayyim

Renungan Bersama

Oleh: DR. ASMADI MOHAMED NAIM
APABILA ditanya dari mana nas al-Quran dan sunnah yang menyebut pembahagian yang jelas bagi tauhid tiga serangkai iaitu tauhid uluhiah, tauhid rububiah dan tauhid asma' wa sifat, pendokongnya yang mengaku berpegang dengan al-Quran dan sunnah pun, teragak-agak mendatangkan hujah.
Lantas mendatangkan hujah-hujah berbentuk taklid iaitu WAMY, ulama-ulama lain dan silibus-silibus beberapa buah universiti yang menyokong. Itu sebenarnya taklid.
Kadang-kadang didatangkan nukilan al-Baghdadi dalam al-Farq Baina al-Firaq berkaitan dengan tafsiran perkataan 'ahlussunnah' sebab mahu bergantung dengan ulama silam Ahlussunnah, namun ditiadakan syarahan bahawa Imam al-Baghdadi sebenarnya mensyarahkan tauhid Sifat di dalam kitab tersebut apabila beliau mensyarahkan firqah najiah (firqah yang selamat). Bahkan perkataan 'tauhid-tauhid sifat' dalam definisi tersebut diabaikan. Walhal itulah antara sifat-sifat 20.
Lihat bagaimana Imam al-Baghdadi mensyarahkan pandangan Ahlussunnah dalam mentauhidkan sifat Allah SWT: "Mereka ijmak bahawa tempat tidak meliputiNya (Allah SWT tidak bertempat) dan masa tidak mengikatnya, berbeza dengan firqah al-Hasyamiah dan al-Karamiah, yang mengatakan Allah memegang arasynya". (Lihat Al-Baghdadi, al-Farq Baina al-Firaq, hal.256).
Dalam isu tauhid, amat merbahaya kita bertaklid. Sepatutnya didatangkan nas-nas yang jelas berkaitan pembahagian tiga serangkai tersebut bersesuaian sekiranya kita bersarjanakan al-Quran dan sunnah.
Kalau berdoa selepas solat secara berjemaah yang tidak ditunjuk oleh hadis secara jelas pun dituduh bidaah dan sesat oleh sesetengah orang (walau berdoa disuruh dalam al-Quran dan sunnah), apatah lagi isu pokok dan besar seperti tauhid.

Apabila ditanya, mana dalil al-Quran dan sunnah apabila anda mengatakan penyembah berhala bertauhid dengan tauhid rububiah (tanpa tauhid uluhiyah)? Lantas akan dinyatakan kata-kata si polan dan polan mengatakan perkara ini dan di sokong pula dengan ulama-ulama ini dan ini.
Persoalan saya: Kenapa tidak ada sepatah pun ayat al-Quran dan hadis atau kata-kata ulama-ulama Salafussoleh (tiga kurun pertama) mengenai perkara ini?
Memang benar ada ayat yang bermaksud: Dan jika engkau bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab: Allah; jadi bagaimana mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah SWT). (Surah al-Zukhruf: 87).
Dalil ini digunakan untuk menunjuk- kan orang-orang Musyrik (penyembah berhala) beriman dengan iman rububiah. (Mohd. Naim Yasin, hal.11).
Namun kenapa tidak dicantumkan dengan ayat selepasnya? Dan (Allah mengetahui) ucapannya (Muhammad): Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang tidak beriman.  (Surah al-Zukhruf: 88).
Tidak pula al-Quran mahupun sunnah menyebut orang-orang Musyrik beriman dengan tauhid rububiah sahaja! Ini persoalan akidah, sepatutnya ada nasnya secara jelas.
Sebaliknya al-Quran mengatakan dengan jelas bahawa mereka bukan orang yang beriman. Bagaimana kita boleh mengubahnya mengatakan mereka beriman dengan tauhid rububiah? Mana dalilnya sebab ini persoalan akidah?
Ini adalah taklid. Kenapa kita membenarkan taklid dalam soalan akidah sebegini? Kita amat tidak adil apabila membenarkan taklid pada persoalan akidah sebegini.
Lantas kemungkinan saya pula ditanya: Apa dalil kamu dari al-Quran dan sunnah yang menyebabkan kamu mengkhususkan Sifat 20 untuk Allah SWT?
Maka saya berkata: "Bahawasanya Allah SWT bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, dan maha suci dari segala kekurangan. Sesungguhnya ketuhanannya melazimkan kesempurnaan mutlak secara khusus untuk ZatNya.
"Kemudian, kami memilih sifat-sifat terpenting daripada sifat-sifatNya yang maha sempurna dan kami menjelaskannya secara terperinci perkara-perkara dan keyakinan-keyakinan yang berkaitan dengannya (Lihat al-Buti, 1992, Kubra al-Yaqiniyat al-Kauniyyah, h108).
Adalah satu fitnah sekiranya kami dikatakan menghadkan sifat Allah SWT kepada 20 sahaja!
Saya mungkin ditanya lagi: Mana dalilnya dari al-Quran dan sunnah? Saya akan mengatakan bahawa semua sifat dua puluh itu ada dalilnya di dalam al-Quran dan sunnah. Kalau mahu diperincikan, boleh dilihat dalam semua buku yang mensyarahkan Sifat 20.
Saya ditanya lagi: Bukankan Sifat 20 itu susunan Muktazilah? Saya berkata: Sekiranya saudara membaca sejarah Islam silam, saudara akan memahami bahawa pada zaman Khalifah Abbasiah iaitu Ma'mun bin Harun ar Rasyid (198H-218H), al-M'tashim (218H-227H) dan al-Watsiq (227H-232H) adalah khalifah-khalifah penganut fahaman Muktazilah atau sekurang-kurangnya penyokong-penyokong yang utama dari golongan Muktazilah.
Dalam sejarah Islam, dinyatakan terjadinya apa yang dinamakan 'fitnah al-Quran itu makhluk' yang mengorbankan beribu-ribu ulama yang tidak sefaham dengan kaum Muktazilah.
Pada masa itu, Imam Abu Hassan al-Asy'ari muda remaja, dan belajar kepada seorang Sheikh Muktazilah, iaitu Muhammad Abdul Wahab al-Jabai (wafat 303H).
Imam Abu Hassan al-Asy'ari (wafat 324H) melihat terdapat kesalahan besar kaum Muktazilah yang bertentangan dengan iktiqad (keyakinan) Nabi SAW dan sahabat-sahabat baginda, dan banyak bertentangan dengan al-Quran dan sunnah. Lantas beliau tampil meninggalkan fahaman Muktazilah dan menongkah hujah-hujah kaum Muktazilah.
Kefahaman masyarakat
Bermula dari itulah, Imam Abu Hassan al-Asy'ari melawan kaum Muktazilah dengan lidah dan tulisannya. Justeru, susunan tauhidnya bermula setelah dia berjuang menentang Muktazilah dan mengembalikan kefahaman masyarakat kepada al-Quran dan sunnah.
Di atas jalannya, ulama silam menelusuri, antaranya ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal (wafat 365H), Imam Abu Ishaq al-Asfaraini (wafat 411H)., Imam al-Hafiz al-Baihaqi (wafat 458), Imam Haramain al-Juwaini (wafat 460H), Imam al-Qasim al-Qusyairi (wafat 465H), Imam al-Baqilani (wafat 403H), Imam al-Ghazali (wafat 505H), Imam Fakhrurazi (wafat 606H) dan Imam Izzuddin bin Abd Salam (wafat 660H). (Lihat Kiyai Sirajuddin Abbas (2008). Aqidah ahlussunnah wal Jamaah, h21-23).
Tidak pernah wujud pertelingkahan antara penghuraian Imam Abu Hassan al-Asy'ari dan Imam al-Maturidi dengan pengikut-pengikut mazhab fiqh yang empat.
Kemudian saya mungkin diperlekeh kerana pengajian sifat 20 ini bentuknya kaku, lantas contoh sindirannya ialah: "Wujud maksud ada, lawannya tiada.... akhirnya semuanya tiada".
Saya katakan sememangnya cara perbahasan Sifat 20 kena diperbaharui dan diringkaskan.
Dalil-dalil al-Quran berkaitan sifat tersebut perlu lebih dipertekankan berbanding dengan dalil-dalil akal yang rumit-rumit yang mungkin zaman kita tidak memerlukannya.
Pada saya, mungkin penulisan seorang ulama Indonesia Kiai Sirajuddin Abbas bertajuk: Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah, boleh digunakan untuk memudahkan kefahaman pembaca. Buku ini masih banyak dijual di toko-toko buku di Wisma Yakin, Kuala Lumpur.
Saya kemudian ditanya berkaitan dengan sahabat-sahabat saya yang mungkin belajar dan mengajar tauhid tiga serangkai ini?
Saya katakan pengalaman saya mendengar pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat saya yang mengajar tauhid pecah tiga ini, ada di kalangan mereka tidak ekstrem, tidak sampai mengkafirkan/mensyirikkan golongan yang tidak sependapat.
Contohnya bila memperkatakan tawassul dan menziarahi kubur, ada di kalangan mereka menerimanya tanpa mengkafirkannya atau menyesatkannya.
Demikian juga persoalan penafsiran ayat-ayat sifat, ada yang tidak menerima/ tidak taklid bulat-bulat kenyataan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab, dan lebih kepada menyerahkan kepada Allah SWT. Mereka lebih suka merujuk terus ke Ibn Taymiyyah berbanding Sheikh Abd Wahhab.
Di kalangan mereka (mengikut cerita adik saya ketika dia belajar di Universiti Yarmuk, Jordan), pensyarah Aqidahnya mengatakan: Kamu orang-orang Malaysia, ramai mengikut Ahlu Sunnah aliran Asyairah.
Namun, tauhid yang diajarkan ini mengikut susunan Ibn Taymiyah kerana menjadi silibus Universiti ini (pada masa itu). Terserah kepada kamu mengikut keyakinan Asyairah itu (tanpa beliau menyesatkannya).
Mereka menyedari ramai ulama silam (sama ada muhadithin, fuqaha' atau mufassirin) dari kurun ke tiga Hijrah berpegang kepada huraian Imam Abu Hassan al-Asy'ari (wafat 324H) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi (wafat 333H).
Walaupun begitu, ada yang amat ekstrem dalam pegangannya sehinggakan menyesatkan imam-imam terdahulu yang berada dalam lingkungan ratusan tahun.
Semoga pembaca membuat pertimbangan dan terbuka berkaitan isu ini. Pada saya berpegang pada tauhid susunan dan huraian orang yang dekat dengan Rasulullah SAW (al-'ali) lebih selamat dari berpegang kepada tauhid orang terkemudian dan sekarang yang kelihatan cacar marba metodenya dan bertaklid dengan orang-orang baru (al-nazil).
Semoga Allah SWT menyelamatkan kita dari kesesatan dan menganugerahkan kita jalan yang lurus.

Monday, October 11, 2010

Khadam Ayat

Sunday, 24 December 2006 20:21 Petikan: Menurut responden yang sama, khadam yang berdampingan dengannya terdiri daripada makhluk yang diutus oleh Allah, yang termasuk dalam golongan makhluk-makhluk ghaib. Dia adalah hamba Allah yang bertaraf wali-wali, seperti wali sepuluh yang terpilih daripada segala wali yang dikenali sebagai rijalul ghaib yang juga dikenali sebagai khadam roh.

Petikan Dari Mingguan Malaysia (24 Disember 2006)
Erti khadam ayat Bersama: DR. AMRAN KASIMIN
SOALAN: Teman sekampung saya pernah menuntut di sebuah pondok di tanah seberang selama 3 tahun. Hingga kini dia masih ke sana sesekali. Selain mempunyai ilmu agama, dia sekarang mengubat orang, hasil ilmu “khadam ayat” yang dipelajari.
Dalam satu artikel tulisan ustaz dalam ruangan ini ada membicarakan tentang khadam ayat. Saya terlalu ingin mempelajari ilmu ini untuk masa depan saya, kalau ia tidak menimbulkan masalah. Saya rasa akan dapat mengatasi banyak masalah hasil daripada ilmu khadam ayat seperti yang dimiliki oleh kawan saya.
– Salleh, Kelantan.


Jawapan: Natijah daripada ilmu khadam ayat memang menarik. Saya akan jelaskan apa yang sebenarnya khadam ayat untuk dijadikan pedoman dan mengelakkan kekeliruan.
Keterangan ini adalah berdasarkan penemuan-penemuan dan makluman daripada mereka yang mempelajari ilmu khadam ayat, menggunakannya sebagai ilmu kebatinan, berdasarkan ayat-ayat al-Quran juga ulasan yang diberi berdasarkan penemuan tadi.
Amalan ini juga adalah boleh dituntut tanpa melibatkan ayat-ayat al-Quran, surah-surah pendek al-Quran seperti al-Fatihah, al-Mu’awwizat dan sebagainya, tetapi akhirnya amalan kebatinan yang dituntut itu akan berakhir dengan kehadiran makhluk iaitu jin yang dipanggil sebagai “khadam ayat”.
Mereka yang mempelajari ilmu ini kebanyakannya tidak pasti siapakah yang dinamakan “khadam ayat” yang datang tadi, yang akhirnya terlibat dengan pelbagai kegiatan amalan kebatinan, ketika melakukan rawatan, tilikan untuk mengatasi masalah rumah tangga, cinta dan sebagainya.
Menurut seorang responden, khadam ayat bukan terdiri daripada golongan manusia, jin ataupun malaikat. Ia merupakan “khadam” kepada ayat yang dibaca dan diamalkan menurut kaedah-kaedah tertentu yang mesti diikuti menurut apa yang telah diajar oleh guru yang berkenaan.
Terdapat keterangan dalam hadis-hadis tentang kelebihan ayat al-Kursi. Menurut sebuah hadis riwayat daripada Qatadah r.a katanya, Rasulullah bersabda: Barang siapa membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dalam sebuah hadis lain, baginda bersabda: Barang siapa membaca ayat al-Kursi dan akhir surah al-Baqarah ketika kesusahan nescaya Allah menolongnya.
Terdapat banyak hadis menerangkan tentang kelebihan ayat ini dalam tujuan mengelakkan diri, keluarga, rumah tangga, harta benda daripada gangguan iblis dan syaitan juga daripada gangguan manusia, terutamanya pencuri.
Di antara hadis-hadis yang menyebutkan hal demikian ialah, hadis daripada Abu Hurairah: Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda: Dalam surah al-Baqarah ada satu ayat, penghulu ayat-ayat al-Quran, tidak dibaca dalam sebuah rumah yang ada di dalamnya syaitan, kecuali ia keluar darinya ialah ayat al-Kursi.
Atas pemahaman tentang fidilat ayat al-Kursi inilah maka ada golongan tertentu, terdiri daripada mereka yang mengamalkan amalan kebatinan. Mengamalkan apa yang difahami sebagai “khadam ayat Kursi” dalam amalan kebatinannya.
Setelah membaca ayat al-Kursi dalam kekerapan dan tempoh tertentu dengan syarat-syarat lain, ia akan didatangi makhluk yang dipercayai sebagai “khadam ayat al-Kursi”. Ia datang dengan jubah hijau, menghulurkan tangan, bertanyakan apa yang dihajati oleh pengamal. Dipesan oleh guru yang mengajar amalan tersebut, agar makhluk itu taat menurut perintahnya.
Menurut responden lagi, khadam ayat akan menjaga diri pengamal, keluarga dan harta bendanya, juga boleh digunakan untuk tujuan mengubati penyakit. Ia juga boleh diperintahkan menjaga orang lain.
Ketika pengamal tidak ada di rumah, khadam ayat akan menjaga rumah di mana dalam keadaan tertentu ia akan menjelmakan diri menyerupai pengamal ilmu berkenaan.
Khadam itu dikatakan hanya digunakan untuk menangani saka yang teruk ataupun masalah-masalah besar, memperoleh khadam ayat tidak ubah seperti memperoleh pisau yang tajam, yang hanya perlu digunakan untuk memotong benda-benda besar lagi berat.
Ia juga boleh digunakan untuk tujuan jahat, kerana khadam ayat begitu taat menurut kata pengamalnya, kerana itulah maka orang yang mengamalkan kaedah ini mesti terdiri daripada mereka yang ikhlas lagi berilmu, ditakuti ilmu yang dimiliki itu disalahgunakan, yang akhirnya akan merosakkan diri sendiri dan orang lain.
Seorang responden lain, yang melibatkan diri dengan rawatan tradisional lebih daripada 25 tahun, menyatakan khadam ayat kadang-kadang datang kepadanya dalam keadaan berkain pelekat dan berbaju selengkapnya. Selain memberitahu perkara-perkara ghaib kepadanya, ia kadang-kadang memberitahu maklumat-maklumat tertentu melalui anaknya, yang ketika itu berumur 10 tahun, ketika sedang tidur.
Seorang pengamal rawatan tradisional yang tinggal di Perlis menegaskan orang yang menurun diresapi oleh jin-jin, termasuk iblis dan syaitan, tetapi khadam tidak boleh masuk meresap dalam tubuh manusia.
Ketika menurun, jin-jin datang bersatu dengan roh yang disedut melalui pernafasan meresap dalam tubuh, menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri.
Apabila angin iblis lebih banyak atau lebih menguasai angin badan dalam tubuh, maka ia akan menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri iaitu menurun. Hal yang sama berlaku ke atas mereka yang terkena rasukan.
Menurut pemahaman Melayu, khadam bererti hamba, ataupun orang suruhan yang sentiasa taat kepada tuannya. Menurut responden yang sama, khadam yang dimaksudkan di sini bukan orang suruhan, seperti yang difahami umum, seumpama hubungan antara seorang tuan dengan orang suruhannya.
Khadam adalah makhluk bukan daripada golongan manusia dan bukan daripada golongan jin, sama ada jin Islam. Khadam yang mendampinginya bukan terdiri daripada makhluk halus belaan atau sahabat, kerana ia tidak mempunyai apa-apa perjanjian antara mereka dalam keadaan apa sekalipun, sama ada untuk memberi makan pada waktu-waktu tertentu atau sebagainya.
Menurut responden yang sama, khadam yang berdampingan dengannya terdiri daripada makhluk yang diutus oleh Allah, yang termasuk dalam golongan makhluk-makhluk ghaib. Dia adalah hamba Allah yang bertaraf wali-wali, seperti wali sepuluh yang terpilih daripada segala wali yang dikenali sebagai rijalul ghaib yang juga dikenali sebagai khadam roh.
Khadam bukan jin Islam, terdiri daripada wali Allah, makhluk yang tidak berdosa yang asalnya adalah manusia yang ghaib begitu sahaja apabila mati dan tidak mempunyai kubur. Responden mendakwa gurunya dari Kelantan, ghaib setelah dikebumikan. Khadam adalah hak Allah yang tidak boleh dikaji.
Dijelaskan juga bahawa makhluk yang dinamakan khadam itu kononnya telah wujud sejak zaman Rasulullah, begitu juga lelaki yang tersebut dalam surah al-Kahf, termasuk anjing Qitmir yang termasuk dalam golongan rijalul ghaib.
Amalan yang dilakukan olehnya untuk berdampingan dengan khadam ialah dengan mengadakan kenduri terlebih dahulu sebelum mengamalkan ayat-ayat tertentu, yang dibaca selepas setiap kali sembahyang fardu selama 40 hari. Doa-doa tersebut dikenali sebagai kepala doa akasyah, doa akasyah, pelapik doa akasyah dan doa rijalul ghaib.
Tidak lama setelah mengamalkan ayat-ayat di atas, ia bermimpi melihat bulan pada malam berikutnya, ia bermimpi didatangi oleh seorang lelaki berjubah. Mimpi ini diikuti oleh mimpi-mimpi lain yang tidak pernah dialami sebelumnya. Bermula daripada hari itu ia sering didampingi oleh khadam yang boleh dipanggil untuk tujuan rawatan dan lain-lainnya.
Ketika melakukan rawatan, ataupun ketika berhadapan dengan seseorang yang datang memerlukan pertolongannya, responden berkenaan akan memanggil khadam yang mendampingi tadi. Perkataan tok syeikh digunakan untuk merujuk kepadanya. Untuk tujuan rawatan, mula-mula responden akan bertanyakan nama pesakit ataupun orang yang memerlukan pertolongan. Kemudian ia memanggil tok syeikh untuk meminta pertolongan.
Khadam berkenaan dikatakan dapat mengetahui sama ada sakit yang dialami oleh seseorang itu akibat saka, santau, akibat gangguan makhluk-makhluk halus tidak bertuan ataupun sakit kecederaan fizikal yang berpunca daripada kemalangan, akibat keracunan pemakanan dan sebagainya.
Demikianlah beberapa keterangan mengenai khadam ayat seperti yang saudara tanya. Sebenarnya banyak lagi keterangan yang berlainan yang berkaitan dengan apa yang difahami sebagai khadam ayat dalam kehidupan orang Melayu.

Pembaca boleh menilai apakah yang di maksudkan khadam ayat ? 

Monday, September 20, 2010

JENIS ILMU KEBATINAN BERASASKAN JIN & SYAITAN

Di sini saya akan jelaskan perbezaan di antara jenis2 ilmu yang beasaskan jin  dan syaitan
yang terbahagi kepada beberapa pecahan

Silat Sheikh / seru
 Ilmu ini menjadikan jin sebagai asas membuat pergerakan silat yang mana akan menyeru nama wali tertentu atau nama pahlawan tertentu untuk memasuki badan,apabila proses seuan lengkap dengan bacaan  tertentu individu tersebut akan mampu bersilat dengan kaedah yang di mintanya.tanpa kewarasan dan kesedaran apabila jin telah menguasai diri nya sperti org kerasukan yang tidak tahu apa yang berlaku pada diri.kaedah ini adalah di larang samasekali kerana membenarkan jin menguasai diri pengamal dan mereka tidak dapat mengawal tubuh mereka .


Menurun
Kaedah yang amat popular pada bomoh,pawang dan seangkatannya yang menggunakan damping jin atau syaitan dalam perubatan tradional,Apabila Bomoh mengubai pesakit mereka akan memanggil jin dampingan untuk memasuki tubuh (bomoh) untk mengubati pesakit.Tubuh Bomoh akan di kuasai Jin tersebut sehinggalah proses mengubat selesai.

Gerak Khodam/ Khadam

Terdapat sesetengah orang mendakwa dapat bersilat dengan menggunakan Khodam , yang mendakwa dari kalangan malaikat dan jin Islam.telah kita ketahui mahluk yang dinyatakan dalam Al-Quran terbahagi kepada Manusia,Jin,Malaikat ,Iblis dan syaitan. Adakah mailakat akan memasuki dalam badan anak adam dan menjadikanya pandai bersilat...?

Ilmu Saka

Saka biasanya dari golongan jin atau syaitan yang di miliki oleh orang tertentu untuk sesuatu tujuan..seperti dalam masyarakat Melayu di namakan Hantu Raya,Hantu Tinggi ,Pelesit dan sebagainya bertujuan melaksanakan pekerjaan tuannya dan akan mewarisi anak cucu tuanya, samada di ketahui atau tidak mahluk yang turun temurun inilah yang dinamakan saka.

Sunday, September 19, 2010

RUMAH INAP

 RUMAH PENGINAPAN  YANG SELESA

Berhampiran dengan Pantai Klebang,Pantai Puteri, Pam Minyak,Mesin ATM,7 eleven
Kedai-kedai runcit restoran seafood ,Yong Taufu,Satay Celup dan byk lagi.
RM 130 semalaman.
Kemudahan kediaman
3 bilik tidur, 2 bilik air,
semua kipas angin sahaja,
ada dapur (atas permintaan)
Peti Sejuk ,periuk nasi, pingggan mangkuk
televisyen, bilik tidur. Lebih dua hari harga boleh dirunding..
Sesuai untuk individu dan keluarga














Wednesday, September 15, 2010

Keilmuan Gerak Haq sejati

Kaedah ini lebih dikenali sebagai Ibu Gayong,Gerak Ruh, atau Gerak Haq bagi mana2 perguruan dan pengamal yang memiliki atau mengetahui kaedah dan kemampuan ilmu Gerak ini.Ilmu ini telah lama di parktikan dan di gunakan oleh Panglima ,Pendekar dahulu Kala seperti Laksaman Hang Tuah lima bersaudara, Mat Kilau ,Datok Bahaman dan lain2 pengamal terdahulu yang lebih mengetahui dan menyelami rahsianya...Kaedah Gerak Haq ini sama sekali tidak menggunakan Syaitan dan Jin malah akan bertentangan jika ada unsur2 negatif seperti Syaitan dan Jin.
        Kaedah ini menggunakan kelebihan diri kita iaitu Roh kita sendiri dengan berpandukan amalan yang dapat meningkatkan kekuatan Rohaniah kita dan mendekatkan diri dengan ALLAH swt.Pengguna ilmu ini akan dapat bersilat secara automatik ,membina perisai badan dan lain2 kelebihan lagi dalam keadaan sedar dan waras.Saya ingin mengembangkan Kaedah Keilmuan Gerak Haq Sejati ini dengaan sedikit Mahar Perguruan sebanyak RM 99 sahaja, di mana sebahagian akan di dermakan pada masjid dan sekolah2 tahfiz dan tempat2 pengembangan Islam manakala sebagian sebagai mahar perguruan dan kos bahan2 cetak . Antara Matapelajarannya ialah:
1) Membangunkan  dan menguatkan tenaga dalam
2) Perisai (tidak cedera di tetak di tusuk oleh senjata2 tajam)
3) Silat gerak Haq sejati (hadir secara outomatik dlm keadaan sedar dan waras)
    Bila mahir boleh bersilat dengan apa jua silat dan beladiri
4) Amalan tempur Laksamana / Panglima
5) Gerak Urutan  dan pengubatan diri (asas)
6) Amalan pendinding diri

TIADA QHADAM,TIADA JIN,TIADA DAMPINGAN MAHLUK HALUS,TIADA PANTANG LARANG,TIADA PERTAPAAN ILMU INI BOLEH DI AMALKAN TANPA SEBARANG SYARAT


dan pelbagai lagi  apabila di kaji dan di dalami ilmu gerak ini ..,Insya-ALLAH
boleh di hubungi di  E-mail  : gerakhaqsejati@gmail.com

Mata Pelajaran Gerak Haq Sejati

Mata pelajaran gerak haq sejati asas adalah berdasarkan kaedah persilatan dari jawa,minang ,betawi ,aceh dan bugis setiap kaedah silat ini di garapkan menjadi  1 kaedah yang disusun sesuai dengan keadaan semasa dalam mempertahankan diri atau menyerang.

Asas- 1) Pernafasan tenaga dalam
              serangan tangan
              serangan kaki
              kekuda 
          2) penggunaan 9 senjata  tubuh badan
              kaedah Pelangkah (8 mata arah angin)
              kaedah pergerakan lentur badan
              Mengelak,menepis dan menahan serangan
             
         3)  Seni Bunga silat
              Silat tempur lembut
              Silat Tempur Keras
              ketahanan Badan

Semua kaedah ini adalah asas bagi yang mempelajari teknik fizikal dan perlu dikuasai dalam tempoh 2  - 3 bln
       

Pertengahan ( 2)

         1)  Belebat  Laksmana
                 Tempur buah pukul Laksamana,rencah gerak tembur
                  Pelepas Laksmana
                  Jurusan laksamana
                  Teknik Senjata - Golok,Pedang,Belati,kerambit
         2)  Belebat  Panglima
                 Tempur buah Pukul Panglima
                  Pelepas Panglima
                  Jurusan Panglima (pukulan bisa gayong)
                  Teknik sejata - Keris,Tombak,tembung,tongkat,tekpi
         3)  Pernasafan Insan
                  Nafas keras
                  Nafas lembut
                  Ilmu selisih Urat 
                  Silat  Amuk
                  Ketahanan Badan
                ( penimbul dan perisai diri) perisai Qursi,Perisai 4 Qul
                  Penawar Bisa dan Racun
                
semua kaedah ini adalah peringkat pertengahan  di kuasai dalam tempoh  3-4 bulan
     
 Peringkat Khatam

            1) Silat Gerak
            2) Jurusan peringkat tinggi
            3) Pembangkitan tenaga ,bisa,pukulan sejati
            4) Penafian Diri,Tafakur rohani

P/S :Setiap Peringkat di atas mempunyai pengisian kebatinan dan kerohanian 

Pembelajaran Teknik Fizikal Mempunyai Peringkat Penamat dan Khatam guru, seterusnya ianya akan berterusan ke peringkat kajian individu yang tiada penamat,Ini kerana Ilmu Allah swt amat luas dan tiada penghujungnya

Begitulah juga dalam penghayatan Kerohanian dan kebatinan ilmu ini tiada penghujungnya walaupun telah di khatamkan oleh guru kerana Ilmu Allah ini maha luas dan kaya bergantung pada individu untuk mencapainya.

Tuesday, September 14, 2010

Gerak Haq Sejati

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH swt segala puji-pujian bagi ALLAH
Perguruaan gerak haq sejati telah melangkah kehadapan menjadikan blog sebagai medium untuk interaksi dengan pengamal-pengamal keilmuan gerak haq sejati.
           Gerak Haq sejati  telah di tubuhkan berdasarkan teras keilmuan melayu Islam  ,Dasar ilmu berteraskan Dua Kalimah Syahadah , Rukun Islam dan Rukun Iman. Perguruan ini diasaskan dan dim kembangkan secara silat Kekampungan  yang tidak di kembangkan secara meluas dan di promosikan dan di publisitikan.Kini Gerak Haq Sejati mengambil langkah untuk berkembang dan meluaskan ajaran kelilmuan dengan mengekalkan segala nilai-nilai adat melayu selari dengan kehendak islam.
          Perguruan GeraK Haq Sejati kini bertapak di Bukit Rambai Melaka mempunyai 2 kaedah pembelajaran ilmu silat zahir dari tanah jawa dan minang yang menitik beratkan kaedah buah pukul. 3 Matapelajaran utama di pecahkan kepada 3 matapelajaran  kecil dalam setiap matapelajaran dan 3 peringkat khatam dan 1 peringkat Guru yang boleh di khatamkan dalam 6 bulan ke 24 bulan .
         Kaedah ke 2 ialah kaedah Gerak Haq ,@ gerak Ruh @ di panggil Ibu gayong dalam sesetengah perguruan .kaedah ini menggunakan kekuatan dalaman dan RUH kita untuk memperdayakan gerakan silat secara outomatik dan tiba2 ..pengamal akan berada dalam keadaan sedar.waras dan mengawal keadaan TIADA UNSUR JIN DAN SYAITAN dalam kaedah ini semata bergantung pada Allah swt.
       Kaedah ini akan menghadirkan perisai diri ,tenaga dalaman dan jurus2 .Amalan dan kaedah ini telah di praktikan oleh para wali,ulama, panglima,pendekar zaman dahulu kala untuk berperang dan mampu menggunakan apa jua senjata ,Insya-ALLAH
       Saya selaku pewaris ilmu ini ingin mengajarkan kaedah ini pada mana-mana individu yang berminat dengan menyertai perguruan ini .menerima murid secara dekat dan jauh dengan mahar perguruan RM 99 sahaja seumur hidup (sebahagian akan di serahkan kepada Masjid,sekolah-sekolah tahfiz dan tempat2 pengembangan Islam) selebihnya akan dijadi mahar pertukaran ilmu guru dan murid.